Saturday, August 29, 2009 - -

KEDAI.KOM BENDANG KERING BERWAJAH BARU!!!

Pada 22.08.09 Kedai.kom Bendang Kering telah memulakan operasinya disebelah malam dengan membuka kedai makan yang dilengkapi dengan projector dan skrin besar bagi bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi para pengunjung supaya datang ke Kedai.kom Bendang Kering.Untuk melihat lebih banyak lagi gambar suasana malam di Kedai.kom Bendang Kering anda boleh melayarai laman Blog berikut:-
http://kkommalamhari.blogspot.com/

Thursday, May 28, 2009 - -




- -


SEDIKIT INFO TENTANG PENGUSAHA





En. Abd. Hadi bin Noor 49 tahun merupakan pengusaha Kedai.kom di kampung Bendang Kering,Sayong Kuala Kangsar.Beliau telah mengambilalih Kedai.kom ini sejak Disember 2007 dari En. Abdul Aziz bin Lambot.Setelah 2 tahun beroperasi sambutan terhadap Kedai.kom amat menggalakkan.Pada tahun 2009 beliau membuat keputusan untuk memindahkan lokasi perniagaan ke bangunan yang lebih besar bagi tujuan keselesaan para pengungjung ke Kedai.kom.Alamat terkini ialah di dewan Orang Ramai, Kg. Kuala Sayong Hulu, Sayong,Kuala Kangsar, Perak.

Monday, May 25, 2009 - -

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUKASI RAKYAT FASA 5
Pengenalan:-
Program Pembangunan Komunikasi Rakyat adalah program yang dianjurkan oleh Kedai.kom bersama masyarakat tempatan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti mengadakan kursus komputer,perkhidmatan internet,promosi produk tempatan,gotong royong dan lain-lain lagi. Matlamat program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi jurang digital diantara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar melalui 'Teknologi Maklumat'.


KURSUS ASAS KOMPUTER UNTUK
WARGA DESA

Promosi PPKR Fasa 5 Di Dewan Orang Ramai Kg. Sayong Hulu
Pada 30.05.09 Jam 8.30mlm





Sesi Pendaftaran Peserta PPKR Fasa 5
Pada 1.06.09 Jam 9.00 Pagi



Kehadiran Para Peserta




Sesi Taklimat Dari Ejen Perubah -En. Mohd. Isa Bin Abd. Rahman




Para Pelajar Sedang Memulakan Latihan




Di Antara Pelajar Yang Sedang Mengikuti Kursus Membina Laman Blog






PROGRAM OUTREACH DI KAMPUNG KUALA SAYONG HULU,SAYONG, KUALA KANGSAR PADA 28.6.09

Pada 28.06.09 yang lalu Kedai.kom Bendang Kering telah menganjurkan program outreach bertemakan 'PROGRAM KESEDARAN ICT 'bersama pihak Warisan Global.Beberapa orang ejen perubah dari Kedai.kom lain telah hadir bagi menjayakan program ini.
Di Antara Peserta Yang Telah Hadir
Dewasa

Warga Emas



Kanak-kanak

Bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada 6.30 petang,pelbagai latihan asas ICT dan program telah diadakan seperti membuat poster menggunakan MS Word,pencarian maklumat menggunakan Internet dan asas membina Blog.Peserta kursus adalah seramai 137 orang terdiri dari pelbagai lapisan umur.Acara selingan turut diadakan seperti permainan tepuk-tepuk,jawab soalan kuiz dan Chiken Dance.
Kursus Asas ICT DiBahagikan Kepada - Kanak-Kanak,Warga Emas & Remaja.




Pameran,jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga desa juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi program outreach tersebut.Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak JKKK Kg. Kuala Sayong Hulu,Pejabat Daerah,Pejabat Penghulu dan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.


PAMERAN KESIHATAN PERCUMA


Peserta Sedang Menjalani Pemeriksaan Tekanan Darah


Para Pelawat Melihat Poster Pameran Kesihatan



Mendengar Penerangan Ringkas Tentang Penjagaan Kesihatan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pemeriksaan kesihatan ini sila layari laman blog berikut:-http://www.projek-komuniti.blogspot.com/

Majlis Penutup

Majlis penutup diadakan pada jam 5.00ptg dengan jamuan ringan serta ucapan dari Y.B Dato Wan Khairil Annuar bin Wan Ahmad iaitu ADUN Bukit Chandan merangkap Timb. Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Diantara tetamu terhormat yang turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Pn. Halimaton Saadiah,Penghulu Mukim Sayong En. Sharif bin Soot dan En. Zulkaperi bin Hj. Manan wakil dari pihak Maxis.


Program Outreach Diakhiri Dengan Acara Sukaneka Perserta Terdiri Dari Kanak-Kanak, Remaja & Dewasa












En. Zulkapri bin Hj. Manan Menyampaikan Hadiah

Ahli Jawatankuasa Program Outreach
Pengarah Program = En. Hadi bin Osman
Setiausaha =En. Isa Rahman
Bendahari =Cik Mazila bt Abd Halim

Urusetia
1.Jafri bin Amran
2.Suhaimi bin Bakri
3.Murad bin Jamaluddin
4.Azhar bin Mat Nor
5.Maziera bt Zamri
6.Salmah bt Aziz
7.Intan bt Azman
8. Aminah bt Ramli
9.Rasyidah bt Jaafar
10.Roslan bin Jaafar

Bajet Outreach
Berikut ini adalah bajet yang dibelanjakakan:-



Sewa Khemah = RM320.00
P.A System = RM250.00
Jamuan =RM1000.00
Photostate =RM50.00
Promosi =RM100.00
Lain-lain =RM50.00
Jumlah =RM1870.00






SUDUT EKONOMI
Kedai.kom bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Internet dan latihan ICT , juga berfungsi untuk mempromosikan produk yang dihasilkan oleh penduduk kampung melalui Internet untuk tujuan komersial.

Labu Sayong











Labu Sayong diperbuat dikampung Kepala Bendang,Sayong,Kuala Kangsar Perak.Hampir 90% penduduk di kampung ini sumber mata pencarian utamanya adalah dengan membuat Labu Sayong.Di kampung Kepala Bendang harga labu yang dijual jauh lebih murah dari harga yang ada dalam pasaran.Berikut ini adalah video cara-cara membuat Labu Sayong yang diambil di koperasi Labu sayong di kampung Kepala Bendang.Untuk maklumat lanjut sila lawati laman blog http://www.koperasi-labu-sayong.blogspot.com/

VIDEO PEMBUATAN LABU SAYONG