- -
Monday, May 25, 2009 - -
Program Pembangunan Komunikasi Rakyat adalah program yang dianjurkan oleh Kedai.kom bersama masyarakat tempatan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti mengadakan kursus komputer,perkhidmatan internet,promosi produk tempatan,gotong royong dan lain-lain lagi. Matlamat program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi jurang digital diantara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar melalui 'Teknologi Maklumat'.
Pada 30.05.09 Jam 8.30mlm
Para Pelajar Sedang Memulakan Latihan
Di Antara Pelajar Yang Sedang Mengikuti Kursus Membina Laman Blog
Warga Emas
Kanak-kanak
Bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada 6.30 petang,pelbagai latihan asas ICT dan program telah diadakan seperti membuat poster menggunakan MS Word,pencarian maklumat menggunakan Internet dan asas membina Blog.Peserta kursus adalah seramai 137 orang terdiri dari pelbagai lapisan umur.Acara selingan turut diadakan seperti permainan tepuk-tepuk,jawab soalan kuiz dan Chiken Dance.
Kursus Asas ICT DiBahagikan Kepada - Kanak-Kanak,Warga Emas & Remaja.
Pameran,jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga desa juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi program outreach tersebut.Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak JKKK Kg. Kuala Sayong Hulu,Pejabat Daerah,Pejabat Penghulu dan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.
PAMERAN KESIHATAN PERCUMA
Peserta Sedang Menjalani Pemeriksaan Tekanan Darah
Para Pelawat Melihat Poster Pameran Kesihatan
Mendengar Penerangan Ringkas Tentang Penjagaan Kesihatan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pemeriksaan kesihatan ini sila layari laman blog berikut:-http://www.projek-komuniti.blogspot.com/
En. Zulkapri bin Hj. Manan Menyampaikan Hadiah
Ahli Jawatankuasa Program Outreach
Pengarah Program = En. Hadi bin Osman
Setiausaha =En. Isa Rahman
Bendahari =Cik Mazila bt Abd Halim
Urusetia
1.Jafri bin Amran
2.Suhaimi bin Bakri
3.Murad bin Jamaluddin
4.Azhar bin Mat Nor
5.Maziera bt Zamri
6.Salmah bt Aziz
7.Intan bt Azman
8. Aminah bt Ramli
9.Rasyidah bt Jaafar
10.Roslan bin Jaafar
Bajet Outreach
Berikut ini adalah bajet yang dibelanjakakan:-
P.A System = RM250.00
Jamuan =RM1000.00
Photostate =RM50.00
Promosi =RM100.00
Jumlah =RM1870.00
SUDUT EKONOMI
Kedai.kom bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Internet dan latihan ICT , juga berfungsi untuk mempromosikan produk yang dihasilkan oleh penduduk kampung melalui Internet untuk tujuan komersial.
Labu Sayong diperbuat dikampung Kepala Bendang,Sayong,Kuala Kangsar Perak.Hampir 90% penduduk di kampung ini sumber mata pencarian utamanya adalah dengan membuat Labu Sayong.Di kampung Kepala Bendang harga labu yang dijual jauh lebih murah dari harga yang ada dalam pasaran.Berikut ini adalah video cara-cara membuat Labu Sayong yang diambil di koperasi Labu sayong di kampung Kepala Bendang.Untuk maklumat lanjut sila lawati laman blog http://www.koperasi-labu-sayong.blogspot.com/
VIDEO PEMBUATAN LABU SAYONG